Operation Codename: Dodur

Posted: August 27, 2011 in HDX.Random!

Assalamualaikum wbt.

Ya entri kali ini berbahasa Malaysia. Kenapa korang tanya? Karena guwe anak Malisiaa?(apsal laen bunyik lakneh? kui3). Salah2.. Sebab seberna nye ialah memartabatkan  BAHASA Kebangsaan kiter walaupon aku pon  mc byk menjahanamkan je nih… =_= kah3.

Yelah xmacam aku, mesti tentu korang semua meraikan “sangat” hari kemerdekaan ni kan. Walaupun tahun ni kita semua sambut MERDAKA RAYA, mesti korang semua “kibarkan” bendera kat kereta2, motor2, rumah2 serta kambing dan kerbau korang tu kan? kah3.

Dah3 diam. entri kali ni bukan nak sembang pasal semangat patriotisme korang yang sangat “TINGGI” tu. Disebabkan aku tak hipokrit, aku memang lebih excited nak raya drp Merdeka nih. DAN disebabkan semangat nak raya neh jadi tercetus la idea aku y bernas nih nak…. NAK APE? yaaaa

MENGACAU DODOL!!

bukan mengacau awek orang bahkan meracau tak tentu arah ye. perghhh mmg idea bernas aku ni di sokong hebat oleh  my Mom and my Granny. Lalu mereka memberi sokongan yang jitu serta padu terhadap proses penyediaan menghasilkan dodol y pekat, padat, gebu, likat, lemak serta berkrim itu.

Atas permintaan ramai jadi tergerak la sanubari aku yang murni ini untuk mendokumentasikan proses penghasilan Dodol Durian Kampung Parit Sidek ni. (yaa ade durian wooo. more of that in a bit).

Jeng Jeng Jengg… (Montaj intro ikut imiginasi korang lah)

[ Operation Codename: Dodur ] aka Dodol Durian (oooohh..)

Haii ekau suma bersama kak SyielapMata dalam rancangan.. Kacau-Kacau Syawal! kui3.

haaa kak Syielap nak tunjuk kat ekau2 sumer untuk buat satu juadah specialll untuk Hari Raya ni.  juadah apo ekau tanyo? yaaa

DODOL DURIAN TERBAIK HABAQ HANG

TANPA membuang masa lagi mari kita tengok dulu BAHAN-BAHAN nyer:

(1)

DSC_0448

Tepung Pulut sebanyak 3kg ataupun org kampung bisa cakap 6 kampit. Jadi, 1 kampit berapa kilo? tatau kira pegi tanya mak.

(2)

DSC_0430

Gula Kelapa ataupun Gula Melaka. Dua-dua ni sama la yer. org kampung den panggil gulo kelapo yo. kalau orang melaka panggil gula melaka la kot. okey. gula melaka nih nak pakai sebanyak 9-10kg sahaja

(3)

DSC_0445

Haa  yang ketiga plak, mende nih KOMPEM ade dalam mana2 masakan org Melayu. masak ape pon ade. itu lah dia kelapa parut. berapa banyak nak? 15kg sahaja.

haa 15kg neh bukan santan yang dah perah ye. kelapa parut nye yang 15kg. yaa sebelum diperah. tapi nak pakai santan jer. satgi aku cerita yek.

DAN bahan special anda..

(4)

DSC_0433

Yaa, DURIANN.. disebabkan musim durian baru je habis aritu. Jadi masih ada lagi la simpanan isi2 durian y ‘tak termakan’ dalam fridge tuh. bestnyer!

OKAYY.. sekarang kita dah tau bahan2 nya iaitu:

3kg Tepung Pulut

9-10kg Gula Melaka

15kg Kelapa Parut

Isi Durian Secukup Rasa

Soo bila korang amati ratio/nisbah tepung:gula:kelapa ialah 1:3:5

Jadi buleh la mengurang/menambah kuantiti berdasarkan nisbah di atas ye.

SO FAR SO GOOD?

Bagus. sekarang kita masuk pulak proses menyediakan bahan2 di atas yek.

Mula2, semua gula melaka tadi kite TETAK2 dia supaya jadi cebisan2 kecil. (ce ushar gamba kat atas)

BEWARE: tetak baik2 ye, jangan sampai tertetak tangan sendiri ataupun jari kaki mak mertua anda di sebelah.

Lepas tuh, kelapa parut tadi kite perah le sampai terkeluar segala isi perut beliau. Mak saya blender dlu kelapa tuh untuk mendapatkan lebih hasil perahan santan kelapa yang lemak ber krim.. mmmm.

Perah kelapa tadi tu 2 kali saja ye. takyah banyak2. nanti cair sangat adunan tuh, sampai Raya ke-3 pon belum tentu siap dodol anda itu.

SIAP?

Okay, sekarang kita dah sedia untuk mengadun tepung pulut kita tu tadi.

Mula2, masuk kan tepung ke dalam periuk/besen/baldi/mangkuk. kemudian, ambik perahan ke 2 kelapa tadi dan bancuh perlahan-lahan bersama tepung tadi sehingga kesemua tepung tadi larut. Awas: jangan terlalu cair.

 

Sudah saja tepung tadi semua larut. Ambilk pulak santan pekat aka perahan pertama tadi yer.

DSC_0442 

Haa tgk ni, nampak tak ade dual layer santan tuh kan? kita nak yang ATAS jer tau iaitu santan pekat. Nak ambik mcm mana? angpa cedok perlahan2 guna cawan/mangkuk/sendu/sudip/gayung terpulang. dan campurkan santan pekat ni ke dalam adunan tadi yek. (BTW, this is my sweet granny)

DSC_0451

YEZZAA

Adunan kita pon dah siap! masa untuk MENGACAU!!

OPP OPP OPPP! jangan nak mengada lagi. sebelum boleh start mengacau dodol kene buat ape dulu???

DSC_0436 

WOIH3! aku bukan nak pegi ngamok kat umah orang sebelah paksa dia kacaukan dodol aku laaa.. rilek2.

SEBENARNYA

DSC_0440

sebelum dapur nak berasap kene la potong kayu dulu.. APA? igt aku kacau dodol pakai dapur gas ke? ape kelasss…

LONG STORY SHORT.

Api dan tungku dan kawah pon sudah tersedia. Masuk kan lah adunan yang kita buat dengan bersusah payah tadi ke dalam kawah dan mula lah mengacau dengan cermat dan tertib.

pastikan api tidak terlalu besar ye.

oh ye, adunan tu dah agak2 suam2 tuh kan.. jangan la lupa masukkan isi durian kiter tuh tadi ye!

OKAYY..

Pastu kacau lah dodol ni tanpa henti selama… 5 JAM!

Yaa 5jam ye adik2… Sambil2 mengacau tu nak cerita sikit la pengalaman menagacau dodol ni kan.

Awal2 kacau memang mudah, yelah adunan tu cair je, kacau pakai satu tangan sambil bersila pangungg pon boleyhh. Tapi…. masa 2 jam pertama korang akan perasan adunan tuh dah mula memekat dan kelikatan dia menyukarkan kita untuk mengacau nyer.

Jadi bagi menggambarkan perasaan aku masa mengacau dodol tadi, sila rujuk graf di bawah

Dodol

Merujuk graf di atas, cabaran sebenar mengacau dodol ni ialah, bila mana kepekatan dodol ni berkadar terus dengan masa, tenaga/kerajinan kita berkadar songsang dengan masa. Jadi impak yang sangat hebat telah berlaku kepada tahap MOTIVASI anda untuk mengacau dodol. Kesimpulannya, kalau tak tahan panas + asap + buat keje sama + lenguh2 tangan, xpayah la beranagan2 nak ngacau dodol ni. baik kacau bini orang jer (Disclaimer: tidak bertanggung jawab atas kekacauan rumah tangga org disebabkan entri ini)

DAH 5 JAM?

Kalau semua berjalan seperti yang dirancangkan, di sini ada satu kaedah untuk macam mana nak tau dodol nih dah siap??

caranya senaaaang jer..

cara 1: angkat pengacau dodol tuh seperti rajah di bawah dan pusingkan sudip itu melawan/mengikut jam. Kalau dodol tersebul boleh bergulung atas sudip tu, maka dodol anda sudah tersedia!

DSC_0464 DSC_0469

cara 2: cocok dodol anda guna pengacau dodol dan lihat! dodol tersebut lebih mudah terputus berbanding meleleh2 seperti sebelumnya.

SENANG KAN?

DSC_0473 DSC_0471

Sesudah selesai, matikan api, biarkan dodol itu sejuk, dan simpan kan nya di dalam bekas yang bersih dan kering bagi mengekalkan kesegarannya!

Demikian sahaja sedikit sebanyak kaedah untuk menghasilkan dodol yang enak untuk jamuan di hari raya!

DSC_0456

(This is my beloved mom btw, thanks mama! hehe)

SELAMAT MENCUBA!!!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s